Pucuk ubi terkenal dengan kekayaan Vitamin-vitamin yang terkandung didalamnya, yang sangat diperlukan oleh badan kita, Antaranya adalah :
* Asid amino berfungsi untuk memecahkan karbohidrat kepada tenaga, pemulihan luka dan kulit yang rosak, menguatkan tulang dan membantu untuk menguatkan daya ingatan
* Klorofil pada daun berfungsi sebagai antioksidan yang tinggi dan agen anti kanser
Resepi Ringkas Pucuk Ubi goreng
ok , jom saya kongsikan cara memasak daun pucuk ubi ini supaya hilang pahit dan sedap bila dimakan dengan nasi panas....
Resepi Ringkas Pucuk Ubi goreng
Bahan-Bahan :
beberapa tangkai pucuk ubi muda( perlu direbus terlebih dahulu, angaran masa 5minit sahaja)
3 biji bawang merah *
5 ulas bawang putih *
1sb ikan bilis @ udang kering *
1 batang cili hidup berwarna merah @1/2 biji cili banggala( dihiris )
minyak untuk menumis
Cara-Cara penyediaan :
Bahan- bahan yang bertanda * perlulah ditumbuk terlebih dahulu, dan tidak terlalu lumat.
letakkan bahan yang telah ditumbuk tadi kedalam kuali dengan minyak yang sedikit,tumiskan seketika sahaja dan tidak terlalu garing, letakkan sedikit air,dan masukkan pucuk ubi serta hirisan lada merah tadi., tunggu sehingga kuah mendidih, dan akhir sekali perasakan dengan garam dan gula
yeaaa siappp, senangkan? sedapkan?
terima kasih kepada yang sudi membaca.
Dah lama juga tak makan pucuk ubi, selalu buat ulam je
ReplyDelete