NASI LEMAK ISTIMEWA

Nasi lemak kegemaran semua jenis bangsa dimalaysia

Assalammualaikum & Salam sejahtera kepada pembaca entry ini....
Nasi Lemak? memang sinonem dengan masyarakat melayu dan juga berbilang bangsa di malaysia ini.
Menu nasi lemak ini, mudah di dapati dimana-mana, bezanya sekarang, menu nasi lemak ini sudah di manipulasikan dari yang asal, mengikut kesesuian
 peredaran masa sekarang.Seperi gambarajah diatas, adalah nasi lemak Pandan layer bersama sotong ranggup, yang ditemani dengan dua jenis sambal.antaranya, sambal kicap dan juga sambal tumis.
Nasi lemak yang asal, adalah terdiri dari Nasi lemak, beralaskan daun pisang, sambal tumis, kacang tanah goreng, telur rebus dan juga ikan bilis.
kaedah penyediaan Nasi nya juga terbahagi kepada dua kaedeah, antaranya kaedah kukusan, dan kaedah menanak nasi.
bagi orang Melaka, Nasi lemak terbahagi kepada dua, satu adalah Nasi Lemak Tradisional Melayu, dan yang kedua adalah Nasi Lemak Nyonya.
Nasi lemak nyonya ini penyediaannya sama sahaja seperti nasi lemak biasa, Cuma nasi lemak nyonya memiliki sayuran kangkong sebagai pembuka tambahan.
Keunikan Rasa nasi lemak ini bergantung kepada santan pada nasinya, Sambal tumis yang dimasaknya, dan aroma pembuka selera yang tak asing lagi untuk masyarakat melayu adalah Daun pisang nya.
Nasi lemak panas-panas, diletakkan diatas daun pisang, dan sambal tumis yang dilapikkan dengan daun pisangggg....
Jangan tanya, dahsyat sungguh keenakkan dan aroma nya bersatu.
Nasi lemak ini biasanya digandingkan dengan minuman Kopi O yang panas. baru ummph.
Tapi untuk orang yang menjaga kesihatan dan diet, Nasi lemak ini tidak boleh diambil dengan kerapnya, kerana kandungan lemak dalam santan dan minyak yang digunakan untuk menumis cili.
Pengalaman saya semasa bekerja dikilang Jepun, manager saya orang jepun, suka sangat dengan menu pilihan untuk sarapan paginya adalah Nasi lemak. Tapi dia berpesan, " Makanan ini boleh ambil sebulan sekali sahaja" , saya pun bertanya kenapa? dia pun menjawab, saya takut sakit jantung dan kolestrol naik. hehehehe dia ketawa kecil.
Tapi untuk saya sebagai penggemar tegar Nasi lemak ini, Jangan lupa amalkan detox la kan, sebelum dan selepas makan.
Dimalaysia ini kan, Nasi Lemak ini, masyarakat china makan, masyarakat india makan,masyarakat melayu apatah lagikan.
Di kedah Nasi Lemak The Royal sangat terkenal, kenapa panggil the royal? sebab ada orang kata sultan kedah suka makan, dan juga kerana warna nasinya adalah kuning.
Variasi Nasi lemak ini menjadi agak unik, dengan kehadiran idea-idea hipster dari peniaga-peniaga dan pengemar pengubahsuaian sesuatu menu itu seperti saya....,
Antara variasi yang terkenal adalah, Nasi lemak pandan, kerana nasinya berwarna hijau, Nasi lemak bersama ikan siakap,sotong ranggup,sambal udang,sambal sotong,sambal kerang,sambal kupang, rendang, dan banyak lagi lah.
Yang penting nasi berlemak itu tidak bertukar Rasa lemaknya...
Inilah menu paling Hebat, yang tidak susah untuk dapatkan dimalaysia ini.
Terima kasih kerana sudi membaca entry ku , semoga anda dikalangan orang-orang yang terpelihara dari penciptanya..

No comments:

Post a Comment

Adbox

@templatesyard