HEBAT MINYAK HERBA ASMA HOMEMADE

review minyak herba asma homemade
Minyak Herba Asma Homemade


Assalammualaikum & Salam sejahtera kepada pembaca entry ini.
Saya adalah seorang isteri kepada seorang suami & juga seorang ibu kepada Tiga orang cahaya mata, atas hadiah dari yang esa.
Aku seorang penggemar Ubatan tradisional. Ubatan moden jatuh tangga terakhir dalam prinsip hidup ku.
Prinsip aku ini, telah aku terapkan dalam kehidupan seharian untuk diriku, suamiku, anak-anakku & juga orang sekeliling ku.
Kenapa aku tertarik dan nyata aku mengatakan minyak ini bila habis, aku boleh jadi orang gila bayang.Kenapa? sebab kemujaraban dia yang tidak pernah aku alami sebelum ini bersama dengan minyak-minyak gosok yang lain.
Minyak gosok ini lain macam penangan nya, serius, ikhlas, memang Supeb Best.
Antara ujian yang telah aku jalankan, Perut kembung, alhamdulillah lega dengan kesan Gas terhembus keluar, Sakit gigi sampai menggigil bibir menahan kesakitannya, alhamdulillah , lega dengan sapu di pipi tempat yang sakit dan sumbatkan dengan kain yang telah dicurahkan MINYAK HERBA ASMA homemade ini, suamiku sakit kepala, alhamdulillah hilang, anak-anak ku, terkene gigitan nyamuk, alhamdulillah, perlindungan dari di serang nyamuk ketika tidur Dan masuk kedalam hutan? alhamdulillah, tak ada nyamuk yang datang , mak ku kerap lenguh-lenguh pinggang dan tangan, alhamdulillah, malam sapu ,esok nak bangun solat subuh, rasa ringan dan hilang lenguhnya, bapaku , terlibat dengan aktiviti hutan, alhamdulillah, lega dari lenguh dan sakit-sakit otot,seleseme, batuk, demam,semput, asma, bisul, luka-luka, insyallah, saya berani kata, sembuh dan lega dengan izin dari yang esa, insyallah.
Minyak Herba Asma Homemade ini jadi Emergency kit aku. 
Minyak Herba Asma Ini dibuat secara tradisional , tidak menjalani proses RND, kerana ini produk orang kampung .
Baunya berangin, segar, manakala warnanya adalah warna kehitaman dan ada sedikit kasar dengan kehadiran biji-biji halus dari herba yang digunakan.
Minyak ini agak pekat sedikit, sesuai dipakai untuk semua peringkat umur. 
Jangan risau, kerana ianya tidak panas, tetapi ianya sejuk dan berangin sahaja.
Untuk baby selamat digunakan, kerana saya sudah membuat uji kaji kepada anak bongsu saya, kerana batuk ,demam dan seleseme. Hasilnya alhamdulillah, lendiran dimuntah kannya.
review minyak herba asma homemade
batuk & muntahkan lendir

review minyak herba asma homemade
Lendir yang terkeluar

keluar sahaja lendir itu, alhamdulillah, lene tidurnya, boleh menyusu semula.
Yela, hati ibu mana yang selese ,memandang anaknya tak mampu nak menelan susu, nafas tidak selese, tidur berbunyi, kerap terganggu tidurnya.ibunya pun turut letih dan sakit badan-badan menjadi security guard. tersenggut-senggut nak tidurkannya.
hehehehehe... Pengalaman ini tidak akan muncul lagi bila anak-anak mula membesar dan pandai bawa diri.
Saya nak share kan tips untuk cuba menghalang anak-anak dari serangan demam, batuk dan seleseme, saya kerap amalkan anak-anak bermula umur satu tahun lebih, dengan mengambil air bali sebagai minuman tambahan. Kesannya alhamdulillah, jarang Dapat jangkitan demam, batuk & seleseme. 
Bali berfungsi menyejukkan, kuman @ virus mudah menapak bila mana, dalaman seseorang berada dalam keadaan panas.
tips yang kedua, Daun bunga raya @ daun ati-ati, lendirnya mampu menyejukkan dan menyahkan kepanasan dalam badan seseorang.
tips yang ketiga, penggunaan Bawang merah, di potong kepada dua, dan diletakkan disekitar kawasan pesakit atau pembawa virus demam, batuk & seleseme, insyallah akan kurang dan dapat mengelakkan orang sekelilingnya terkene jangkitan.
sistem penggunaan bawang merah ini perlulah digunakan pada peringkat awal,kepada pesakit yang sudah mula menunjukkan tanda-tanda untuk demam, batuk & seleseme.
Ok, sampai disini Perkongsian saya kepada anda semua...
Semoga menjadi seorang isteri, ibu, anak,menantu,kakak,adik & hamba allah yang hebat dalam menggalas tanggungjawab yang telah di hadiahkannya kepada kita.
Kepada ibu-ibu diluar sana, anda adalah ibu yang HEBAT!

No comments:

Post a Comment

Adbox

@templatesyard