RESEPI MASAK ASAM ORANG MELAKA Selatan

resepi masak asam pedas melaka

Makan untuk 5 orang

Bahan-Bahan :

1 Genggam Lada Kering *
5 biji Bawang merah *
6 Ulas bawang Putih *
1 inchi Halia *
1 Inchi kunyit hidup *
1 Genggam asam jawa biji ( diramaskan dalam air untuk dijadikan kuah kedalam hasil bahan yang ditumiskan )

sedikit Garam @ Gula @ perasa, mengikut Deria rasa anda

tanda * ini adalah untuk anda blender @ Giling semuanya

Bahan untuk menumis :

1 sudu teh Halba
1 biji bawang merah dihiris
2 Ulas bawang Putih dihiris

Penggunaan Bahan pemangkin rasa :

untuk ikan biasa tambahkan daun kesum @ daun limau purut )
untuk daging dan Ikan Pari ( Tambahkan jintan manis, ketumbar dan lada hitam sedikit, kedalam bahan-bahan untuk diblend @ digiling)
Boleh dihidangkan juga bersama hirisan bendi @ terung kedalam lauk masak asam pedas ini.

Cara-Cara memasak :

tumiskan dahulu hirisan-hirisan tadi sampai naik bau wangian biji halba tadi, kemudian masukkan bahan-bahan yang telah diblend @ digiling tadi, gorengkan sehingga garing.Masukkan bahan pemangkin Tadi mengikut jenis lauk anda. kemudian masukkan perahan air asam jawa biji tadi, masukkan ikan @ daging ,tunggu sehingga ikan @ daging masak, dan boleh lah diletakkan perasa garam & gula @ serbuk penambah rasa kedalam masak asam tadi...

andai nak kan kuah asam pedas yang pekat, boleh lebihkan lada kering dan masukkan kerisik kelapa sedikit kedalam kuah masak asam tadi...

resepi masak asam pedas melaka

sekian terima kasih, selamat mencuba. ini cara orang melaka selatan masak, kami menggunakan ikan, daging @ tetel sahaja.

No comments:

Post a Comment

Adbox

@templatesyard