RESEPI MASAK ASAM PINDANG SPECIAL

Hai assalammualaikum & selamat pagi semua…
Hari ini saya nak kongsikan Menu ringkas, sangat di sukai oleh anak-anak saya, semasa mereka demam @ hilang selera makan.
Kenapa sesuai dikala waktu hilang selera makan?
Sebab ianya berasa masam-masam berlemak.
Bila orang tak sihat, selera makan kan rasa macam tawar jek kan ? tekak rasa macam berduri bila nak menelan , emosi tak stabil , dan lain-lain.
Menu ini juga Selain dapat menaikkan selera makan, dapat juga merawat radang pada tekak dan sendi akibat virus batuk, demam & seleseme.
Hehehehehe….
Moh le kita menyambung , pautan resepi ringkas dari saya .


RESEPI MASAK ASAM PINDANG SPECIAL


Bahan-bahan :

5 keping Ikan sekot / ikan tenggiri / ikan selar kuning ( lumurkan bersama kunyit serbuk dan garam,gorengkan seketiaka, jangan terlalu garing, tak sedap nanti )

3 biji bawang merah*
5 biji bawang putih*
1 inchi halia*
1 sk biji halba
1 mangkuk Air asam jawa
Lada merah dan hijau sebagai hiasan

Cara-cara membuatnya :

Bahan-bahan yang bertanda * , perlulah ditumbukkan dahulu. 
Panaskan sedikit minyak didalam kuali, tumiskan bahan-bahan yang telah di tumbuk tadi, masukkan pula biji halba tadi, tumis dalam kiraan 10saat, dan masukkan hirisan lada merah & hijau,& 5 ikan yang telah digoreng tadi.

Air asam jawa, di tuangkan terus kedalam kuali,tunggu sehingga mendidih,
Akhir sekali, masukkan garam dan gula.

Tara…..siap, sedap dimakan dengan nasi panas, & kuah banjir.

No comments:

Post a Comment

Adbox

@templatesyard