Pengalaman jadi ibu

Hai assalammualaikum semua, semoga anda semua berada dalam keadaan yang diredhai...
Malam ini Tiga orang permata yang tak terhingga aku lena tidur, ketiga-tiganya tak sihat, sekarang musim demam, batuk & seleseme.
bila aku amati ketiga-tiga permata hati kami , tetiba ternampak, anak ku yang pertama bakal melangkah masuk ke alam dunia barunya iaitu sesi pra sekolah,dan aku masih ada lagi dua orang puteriku yang akan menemaniku tatkala suamiku dan anak sulung ku tinggal kan aku seketika, bila abang melangkah ke alam sekolah, puteri kami yang kedua bakal menduduki pra sekolah, dan aku masih ada sorang lagi puteri, yang boleh menemaniku tatkala suamiku,abang dan kakaknya meninggalkan aku seketika, dan bila kakak melangkah ke alam sekolah, anak bongsu kami akan melangkah ke alam pra sekolah, dan waktu itu, suasana dalam rumah aku sunyi seketika,
terfikir akan hilang sekejap suara-suara menjerit, menangis, daun pintu dihempas,barang mainan terbang,adegan berebut nak tonton kartun,suara naga berapi aku senyap seketika, hehehehe,alahai anak-anakku , rasanya pantas waktu peningkatan umurnya.
anak-anak ibu akan selangkah demi selangkah mula jarakkan masa kita bersama, kerana anak-anak ibu akan kejar cita-cita dan membina perjalanan untuk teruskan kehidupan didunia sementara yang sangat mencabar kelak.
kenangan aku masa melahirkan anak kami yang sulung, tengah malam air ketuban aku pecah semasa tidur, perut mula mengeras dan lepas, suami aku terpinga-pinga, yela pertama kali dalam pengalaman hidup kan. sampai hospital, anak kami baiknya , dia duduk diam-diam dekat dalam. jalan baru bukak 2cm.
dari tengah malam sampai pagi, aku tak dapat tidur, dengan keadaan sejuk air-cond, pesakit yang ingin bersalin terlalu ramai, dan ward penuh.
aku dan suami dipanggil doktor untuk tanda tangan persetujuan masukkan ubat untuk paksa bersalin, sebab air ketuban aku banyak keluar, takut bayi dalam kandungan berisiko.
masuk ubat yang pertama, dan aku di tempatkan dibilik bersalin, nombor bilik bersalin aku adalah 10, maknanya paling hujunggggg sekali. Mula-mula tak ada sakit,aku boleh rehat sekejap, tapi tiba-tiba, sakit yang teramat, perut aku mula mengeras, dan mengeras. sakit nya masa itu, jangan tanya,nak bangun pun aku tak berdaya, aku cuma mampu mengiring badan sahaja, sambil tahan kesakitan yang teramat untuk gesaan bersalin.
Dan tiba-tiba aku rasa terlalu sejuk, aku mula rasa badan terlalu lemah, tak berdaya dah, mata rasa nak pejam sahaja, dah tak larat sangat, aku ada peneman, iaitu jururawat, kenapa jururawat teman? sebab suami aku takut darah, dia tak yakin dia boleh teman kan aku bersalin, dan yang paling sedih jururawat itu, tak check pun, bacaan kedudukakan pengesan jantung bayi,dia sibuk main mesej,nak marah pun adakan, tengah kerja kot. kenapa marah? sebab aku masa bekerja untuk attent patient,dilarang sama sekali bawa alat telekomunikasi ke dalam kawasan tempat bekerja.uiiii, aku diamkan sahaja, sebab sakit ini lagi penting, tiba-tiba pakar masuk, guess what happen to the staff? terkejut! nasib baik hp tak terlepas dari tangan, pakar turun sebab masa untuk buat ward round, pakar dapat kesan ada yang tak kene pada aku, sebab aku menggigil sejuk, bila dia rasa, badan aku terlalu panas, dan tiba-tiba, kenapa patient saya boleh demam panas?korang buat ap?kenapa tak ada orang check keadaan patient?
bila pakar check, jalan dah bukak 5cm, katanya lah, sepatutnya aku boleh bersalin normal, tapi terpaksa operation,sebab, denyutan jantung bayi dah lemah, dan aku kene demam panas tiba-tiba.prosedure paling aku ngeri adalah masukkan paip kencing , aku memang tak suka, sebab aku akan serta merta bertambah lemah, ngilu le, tak selese.
aku mula ditolak ke OT room, sekali lagi aku dimasukkan ke bilik operation, dulu pernah masuk tapi bukan untuk bersalin, tapi untuk buat pembedahan major sebab eksiden, huhuhuhuhuhu sejuk nyaaaaa, aku nak bukak mata pun dah tak larat, masa tu dalam hati,aku bertawakal dan berserah pada kau ya allah, aku dah tak larat. aku dapat suntikan bius separuh badan ( epidural kot) , sakit dia...., uiiiiiiiiiiiiii,lepas itu, aku mula rasa sesemut dari pinggang sampai ke tapak kaki. dan aku mula dibedah, guess what? aku kira berapa lapis yang dipotong. hehehehe, last sekali, aku rasa perut aku dikoyakkan, ditekan-tekan, dan dengar lah suara anak lelaki aku, allah maha besarkan, hilang dan setenang-tenangnya letih dan tak larat aku. aku nampak anak aku lihat aku dan dia senyum,pertama kali air mata aku mengalir sekejap.macam tak percaya. begitu juga untuk anak kedua dan ketiga aku, kerana aku memang ceaser untuk ketiga-tiga cahaya mata aku.
Perkara yang memang pantang aku adalah urine pipe, injection bius separuh badan, dan aku tinggalkan anak-anak aku.masa lahirkan anak aku yang kedua dan ketiga, berdoa you, biar lah tak ada apa-apa, kalau boleh habis operation, anak dan ibu sihat, aku nak balik kalau berlaku magic kan.yela, badan jek dekat hospital, semangat aku dekat rumah fikirkan anak-anak yang aku tinggalkan.
pengalaman yang aku rasa diri ini terlalu lemah , merangkak, tak boleh bangun langsung, lepas ceaser anak aku yang ketiga ini.
tapi walau apa pun, semamgat aku kuat, sebab anak-anak aku ,suami aku, keluarga aku, ada depan mata.
jadi kepada ibu-ibu , anda adalah yang terhebat.
Dan untuk anak-anak ibu, doa ibu sentiasa ada untuk kamu bertiga, tak kira dekat mana kamu berada, dengan harapan , berjaya diakhirat dan duniawi.
bukan mudah untuk mendidik dan memastikan corak itu indah, aku takut, aku dan suami, tak berjaya hasilkan corak-corak yang diredai.
Anak-anak adalah pengikat kasih sayang dalam rumah tangga, mereka adalah penyeri kehidupan aku dan suami, kerana permata-permata ini, aku diberi pengalaman.


No comments:

Post a Comment

Adbox

@templatesyard